Friday, October 29, 2010

HB wawa ridzuan!

Wawa Ridzuan!
today kau genap 21 tahun.
dah besar dah, jangan nakal-nakal.
pandai-pandai jaga diri.
yang lepas tu biar lepas.
seorang yang pergi, ramai yang datang.
ingat time kat KMPP dulu.
tido same-same.
melalak, lepak kat dataran.pergi class sama-sama.
hiks.jangan lupa memori tu.
HAPPY BIRTHDAY SAYANGNESS!
i love you, like always.

xoxo.

Thursday, October 28, 2010

final.oh! final

26 october - 11 november.
dis is so-called my very HECTIC week.
exam berturut-turut 5 paper terus tanpa gap. (okay, tolak 7 hari sb deepavali)

Elektrokimia - 26/10
Instrumentasi Kimia - 27/10
Kimia Polimer 3 - 29/10
Kinetik Kimia - 30/10
Reaktor Kimia -31/10
Mekanik Bendalir - 10/11
Kimia Fizik - 11/10

dengan takde study week.
dengan ASS-ignment yang melambak kena submit termasuk last week b4 exam.
dengan dis sem memang all 7 paper tu semuanya MAJOR.
dengan baru je lepas pembentangan proposal and settlekan internship placement.
memang cukup buat aku penat.
MASA memang sangat xcukup.
kena sangat-sangat pandai urus masa.
'Time Management is Very Important'.(cikgu aku selalu tekankan time sekolah dulu).
Segala komitmen yang tak berapa penting terpaksa ditangguhkan.(maaf encik F).
dari petang sampai malam sampai pagi memang masa bersama nota-nota kesayangan je.
Takpelah, semuanya harus dikorbankan untuk 2 last sem bergelar mahasiswi(doakan seoga tiada aral mendatang).
Nanti lepas exam, nak buat apa pun buat lah kan.
Dis is for our own future.
So, setiap kali malas, memang kena ingatkan diri supaya jangan malas.
If malas, nanti kena extend sorang-sorang. nak ke?

Lastly, for those yang hendak atau tengah exam ( xkira lah kat U or sekolah ).
Belajar rajin-rajin.
Usaha Tangga Kejayaan.
All The best Wihe for you.

Till then.

Monday, October 25, 2010

aku ada kawan juga~

KAWAN? FRIEND ? SAHABAT ? atau apa sahaja yang diterjemahan dalam apa-apa bahasa.
itu semua penting dalam hidup normal seorang manusia kan?pernah dengar pepatah ' berkawan biar seribu, bercinta biar satu ' ?
ok, kita abaikan tentang bercinta tu. tapi cuba kita fikir kenapa ada pepatah ' berkawan biar seribu '?
ada banyak sebab mengapa kita berkawan dan memerlukan kawan. siapa kata kita boleh hidup tanpa kawan? siapa kata hidup sorang tu best?no NO no!anda memang salah!
Dengan adanya kawan, kita leh berkongsi cerita, mengadu masalah, bergembira bersama, keluar ramai-ramai, melagha and macam-macam lagi. Kawan merupakan salah seorang penyumbang untuk kta mengenal ragam manusia dan erti kehidupan.
tapi , kenapa TAK semua kawan yang boleh berbaik sampai mati?
kadang-kadang, bila kita rapat dengan seseorang tu, macam-macam dah buat sama. sampai one time, mesti ada perselisihan faham. pasal benda kecik pun nak bergaduh 10-20 tahun kan? persoalannya, KENAPA?
bagi pendapat aku, bila dah jadi rapat, kita senang terasa dengan kawan kita tu, tu y benda kecik pun boleh jadi besar. betul tak? bila dah kecik ati, terasa. ha macam-macam lah yang diungkit. dua dua tak nak beralah. EGO! susah sangat ke nak cakap ' aku mintak maaf ' ?
tapi betul gak kata orang , ' its easy to forgive but hard to forget '. kalau kita maafkan tapi susah nak lupa pun susah gak kan?
Kesimpulannya, kalau ada masalah dengan kawan/ sahabat kita. berbincang secara baik. kalau boleh berbaiklah semula. start with the new friendship. :)

notakaki : aku pun selalu berselisih faham dengan kawan-kawan aku. tapi aku ada seorang bestfriend, yang memang aku xpernah berselisih faham teruk2. sebab ? kitorang xpernah simpan apa-apa dalam hati. :)

Tuesday, October 12, 2010

adik

ohh.
aku ada seorang adik yang agak bengongggg.
perangai kadang2 menyakitkan hati.
tapi dengan perangai tu lah yang wat kan aku and yang lain gelak and hepi.
nama adik aku tu WAN ZAID HAIKAL.
dah darjah 6..
tapi still manja melampau..

situation 1 ( baru dapat hp).
adik : abg, no abg berapa?
abg : 012.............. save lah..
adik : okayy dah save.
5 min kemudian..
abg aku msg dia.
abg : hai....

dia pun bersuara.
adik : hek eleh abg,sebok nak msg acu.malas nak layan.

jeng3.
dia dok tekan2 hp.
reply msg abg aku.

adik : hai.nie sape yeeee?

--> bengong kannn?

situation 2(lepas dapat result exam)

mama : anak mama yang lain,abg kakak and alang xpernah dapat no atas dari 10 tau.adik je yang belas2 and puluh2.
adik : tapi mama, ada kawan acu dapat no last.lagi terok.

--> org marah dia,dia salahkan org lain pulakkk..

situation 3 (mama borak dgn ayah).

mama : malas betul dia ni.yang lain xde pulak macam tu.
ayah : biasalah, family tu macam setandan pisang. dalam banyak2 yang masak. mesti ada satu yang rosak.

tbe2 haikal menyampuk.
adik : ha. yang rosak tu acu lahhh...

--> sedar diri rupenya.


Monday, July 12, 2010

last year

today is my first day in 3rd year.
semalam check in dalam pukul 3 ptg.
and dpt blok bawa.
k3a 307 tp still xtau sape roomate.
disebabkan kebosanan melampau selepas sesi kemas mengemas,
maka idea terbaik dan bernas adalah keluar jalan2 dan menonton movie.
cari barang2 yang perlu.
balik terus online and check jadual.then tido.
tapi bila masuk bilik baru, as usual memang tidur tak lena.
kejap2 bangun.baru pukul 1.tido balik and terjaga baru pukul 2 pagi.
waddehel.bila nak pagi.pagi bangun pukul 7.20 pagi.
terus mandi and siap2.
baru sedar xtau class katne..
sementara siap2.
sempat bukak smpweb tengok kat mana class.
oh dis sem dari isnin sampai jumaat class start at 8. *big clap*
memanggg aku liat bangun pagi.
tapi kena gagahkan gak pergi clas pasni.
dah la kena pegi org..benci!
kesimpulannya,
aku nak balik rumah.
the end~

Tuesday, June 22, 2010

cakes

selamat bercuti!
~cuti2 nie kegilaan aku wat cakes, cupcakes and cookies menjadi2..
selama nie aku cuma reti wat moist choc cake je..

but now aku dah reti wat :

new york cheesecake
kek mentega pelangibiskut cip coklat
and sempat gak aku g kelas wat biskut and cupcakes.
dah tau sket tips2 wat biskut and hias cupcakes guna piping nozzles bagai..


Monday, May 3, 2010

untuk jejaka bernama farhan saharin~

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers