Sunday, January 2, 2011

lenguh lenguh kaki tercabut.

hepi new year! new year, new resolution!

30 dis 2010-01 jan 2011. kerja aku berjalan je. heh.

30 dis 2010 :
pergi kelas macam biasa.masuk lab.balik bilik.then petang dalam pukul 4.30 cikE ajak pergi mid dengan mirasue and naim.dengan alasan nak pergi jalan-jalan je.so aku pun bersetuju lah nak follow diorang.dalam pukul 5.15 tu kitorang bertolak dr ukm menggunakan remy mirasue.dah sampai mid.pergi makan dekat domino's.isi perut yang tengah bergendang gendut tu.lepas kenyang perut suka hati, lepas maghrib kitorang meneruskan sesi bershopping di semua kedai.dari atas ke bawah.kanan ke kiri.depan ke belakang.mahal ke murah.pilih itu pilih ini.sambar itu sambar ini.last-last berkat usaha kitorang memilih memikir bagai. cuma naim je yang sambar satu gladiator.manakala yang tiga perempuan cantik ni bertangan kosong je.hehs.dalam pukul 10 tu semasa turun dr escalator menuju ke tempat autopay station,mirasue mengeluarkan idea yang bernas lagi bijak mengajak tengok movie.boleh pulak naik escalator balik pergi beli tiket movie. nak tengok antara tron, the tourist and apa ntah lagi satu cerita.*dah lupa*.panjang betul queue.last2 dapat tengok tron.movie start pukul 12.15am.so ada dua jam lagi.kitorang mengisi maa yang terluang lepak dekat mapley mid sampai pukul 12.05am.tron memang terbaik!aku suka!hero dah la macho.heroin pulak cantik.siapa yang kate tak best tu maybe sebab dia tak berminat cerita futuristik kot.teknologi memang canggih.lepas cuci mata menjerit-jerit tengok mamat macho tu, kitorang pun balik ke ukm. singgah mapley fareez sebab nak makan maggi goreng.terjumpa pulak dengan kekasih hati*farhan saharin*.lepak kejap.balik.tido!

31 disember 2010 :
TERbangun lewat.kemas-kemas katil.konon-konon nak mengisi masa satu hari dengan study.*alhamdulillah*.tapi angan-angan terbantut bila kawan cikE, acap ajak pergi shopping kat starhill.*bershopping je,macam ada duit je kau kan aliaa*.lepas dorg semayang jumaat terus gerak sebab jalan akan ditutup pukul 5ptg.pergi farenheit.tapi kedai aksesori yang banyak.and fesyen dorg macam pelik.makan kat subway.kenyang.terus pergi sg wang. jalan-jalan cari dress cikE, makan parmesan cheese pretzels.*cikE kata muka aku happy gila bila dapat pretzels*.ohmygod!aku terminat gila dengan oxford shoe kat satu kedai ni.harga rm100++.*lain kali mesti beli!nasib baik semalam takde duet*.maxi dress pulak cantik-cantik.cair aku kot!dengan jaket kulit yang separuh tu.rasa macam nak nanges sebab xdapat beli.huhu.nak sejukkan hati yang tak dapat nak beli semua tu.pergi minum cool blog dengan cikE sementara tunggu acap, naim and shahril shopping sweater.dalam pukul 10 malam, pergi depan pavi.dah tak boleh gerak sebab memang sesak gilaa dengan manusia-manusia.tunggu pukul 12 malam.bercamwhore.tengok org main spray foam.lambat betul masa bergerak.tepat pukul 12 malam, HAPPY NEW YEAR! tengok bunga api! *tunggu lama-lama semata-mata nak tengok bunga api.ngenggg!*.sementara tunggu jalan bukak.marilah makan di mapley!*ni berjalan ke sesi makan?*

01 jan 2011:
hari pertama dalam tahun 2011. tepat pukul 1petang.encik kesayangan telefon.*padahal aku suruh, sebab kredit dah abes nak reply msg dia*.dia ajak pergi bagan lalang bersama kawan-kawan dia.so, cepat-cepat kejut cikE suruh ikut jugak.mandi cepat-cepat.encik kesayangan sampai.pergi makan laksa.sebab dia dah lapar ala-ala lipas tak boleh bernafas.aku kenyang sebab dah makan sebiji epal.lepas makan, pergi bagan lalang macam naik kereta F1.*kesian cikE asek tergelongsor dan terhantuk*.sampai kat sana, dah ramai yang tunggu.apai,yaya,raja,jeme,mondea,lyn,norlie and sorg lagi lupa nama.haha.lepas dorang mandi,main sevenD.makan-makan.mandi lagi.baru balik.before balik.singgah makan kat sungai pelek.and terus ke alamanda.sebab nak tengok the tourist pukul 12.30.lepak kat tasik alamanda dulu.jumpa geng debate mira.dok borak-borak,tepuk tampar.tengok movie.sejukk!dah lah tak bawak shawl.cerita tu agak romantk.storyline best!angelina jolie sangatttt cantik!dengan johny depp pulak kan.gandingan mantap!balik!

okay.cukup,kaki dah nak patah.bai!

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers