Saturday, March 12, 2011

HMM-Hikayat Merong Mahawangsa

12/3/2011 --> menonton hikayat merong mahawangsa!

overall, cerita ni best!8/10 aku bagi.
cerita sejarah yang tak membosankan.
even ada kureng here and there, tp still gempak lah untuk anak melayu buat cerita macam ni.
*clapclapclap* for Yusri KRU.

Sinopsis : Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

*credit untuk murkiester.

jadi, siapa2 yang belum tengok tu, g book tiket tengok cite ni!

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers