Friday, December 3, 2010

...


He's MINE bebeh!~

Thursday, December 2, 2010

bila otak memerlukan lebih banyak oksigen.

hello! tajuk entri kali ni macam tajuk dalam subjek bio kan?
okay, betul ke orang yang berpenyakit seperti asthma memerlukan oksigen lebih banyak untuk otak berfungsi dengan lebih baik berbanding dengan orang lain?
ada seorang lecturer aku cakap, oksigen dalam otak menyebabkan kita susah nak faham atau ingat apa yang dipelajari.
tapi bila aku fikir dan renung-ranungkan apa yang dia cakap.
macam betul jugak.
aku admit aku berpenyakit.aku ada asthma.korang tau tak apa tu asthma?or dalam bahasa melayunya lelah atau semput.tak tahu jugak?encik google sedia berkhidmat.:)
lecturer aku kata, aku memerlukan oksigen yang lebih untuk otak aku berfungsi dengan lebih baik berbanding orang lain. bila aku asek huhahuha*banyak cakap*, oksigen kurang dalam otak aku. that's why aku susah nak ingat or nak faham apa yang aku study.and disebabkan tu jugak, malas tu memangg sentiasa ada. so, dia suruh aku ubah perangai dari asek berseronok kepada lebih fokus dalam study.
maybe ada betulnya pe yang lecturer aku cakap. sebab if nak diikutkan, aku memang study agak tunggang terbalik lah bila nak exam. bak kata roomate aku, dari pagi sampai petang ke malam aku asek duduk menghadap buku je. aku study dari awal bab sampai abes.aku study dari awal. aku wat latihan. aku tido cukup. tapi....
bila sampai masa exam, baca soalan, aku tau aku pernah baca dan aku dah study, tapi aku tak boleh nak apply apa yang aku study or jawab dengan betul. time jawab tu lah aku boleh rasa menyesal sebab xstudy betul-betul. bila keluar result, menyesal nak mampus! pastu berazam lagi nak study betul2 bila masuk sem baru.tp bila dah masuk sem baru, sama jugak.still tak berubah.
kenapa?kenapa?kenapa?
oksigen maybe salah satu punca. tapi punca yang terbesar adalah diri aku sendiri.

sekian. *antiklimaks*

notakaki : actually, aku tengah takut sebab result nak keluar next week. jangan ada yang fail sudahlah. sebab aku nak grad cepat. dan tak nak extend.

Sunday, November 28, 2010

wayang.wayang.dan wayang.

harry potter.unstoppable.ngangkung.
seminggu sampai TIGA kali tengok movie.
dalam busy2 ni pun sempatt gak g merambu kann?

HARRY POTTER. tengok dengan ina and rumet,SweetZaZa. dekat MidValley.punya struggle siapkan kerja kat lab cepat2 semata-mata nak g tengok movie.mula-mula plan nak pergi dengan ina je memandangkan kitorang dah lama xdating.pastu tbe2 SweetZaza and zaff message sebab nak ikut. So, book la untuk 4 org. tp last minute zaff cancel.so bertiga sahajalahhh. Naik KTM pergi Mid. tak ramai sangat sebab belum time org abes kerja. tapi yang sadisnya, bila ada india MABUK dalam ktm tu. dah lahh bising, pastu siap tunjuk2 kat kitorang. memangg takut gila lahhh time tu, sampai xberani nak pandang dia. siap keluar kan kad bagai. adehh, takuttt dia tbe2 kua kan pistol ke parang ke ape. hanya tuhan je yang tau betapa takutnya aku time tu. bila dia keluar je time kat stesen salak selatan, fuhhhhh.LEGA! sampai kat mid amek tiket and shopping kat elianto *temankan rumet je*.kak lily sangattt baik okayyyy!cume suara.awwwww!kasarrrrr gilaaa!atas pujukan dia, maka terpengaruh gak la aku beli beberapa brg.lepas shopping, tgok movie. sebagai peminat harry potter yang xpernah miss tengok dari siri 1 lagi, aku xsabar nak tengok y part last bulan julai tahun depan. yang kali ni much much better dr yang lepas. banyak sikit action.menarikkk!*voldemort tetap handsome time siri chamber of secret tuh*, makan and balik!

UNSTOPPABLE. tengok dengan kekasih hati, farhan saharin dekat jusco cheras selatan. disebabkan dah nak dekat sebulan tak jumpa.*eh, 3 minggu je*.so dia decide nak jumpa sebab dia abes awal, pukul 8. ntah macam mana tertarik pulak nak tengok unstoppable. malam tu hujan, takut demam, so pinjam kete rumet yang terbaru.*janji isi minyak*.kitorang keluar lepas isyak, dalam pukul 9. lagupun kan hujan,kena berhati-hati. sampai jusco, masuk MPH sebab paan ternampak magazine digital camera kesayangan dia.*ilmiah kan kitorang?everytime keluar mesti masuk MPH*. then makan Mcchicken Supreme.*makan cepat-cepat dgn kadar segera sb MCD dah nak tutup*.bila tengok movie,dah agak ngantok sebab perut dah penuh. cerita ni not bad la sebab dia pasal kegigihan dua org yang nak tolong berhentikan keretaapi yang meluncur laju tanpa pemandu.memangg adventure la.senang nak paham.takdelah belit dengan isi-isi tersirat.

NGANGKUNG.aku tak tau macam mana boleh terdetik nak tengok cerita ni.padahal aku beriya-iya nak tengok rapunzel.abang aku dah tengok cerita ni.dia kata best, tu yang adik-adik aku yang dua orang tu beriya-iya nak tengok.disebabkan parents aku tak berminat nak tengok wayang, so dorang pujuk aku.*takde maknenye dorg nak ajak abg aku kann*.and disebabkan aku kesian dengan dorg sebab aku jarang bawak dorg tengok movie, so aku agree lah. tengok hari sabtu pukul 8.45 malam. siap bawak sepupu aku sorg. sepupu and adik-adik aku memang lag tinggi diri aku termasuk lah adik aku yang darjah 6 tu.*sikit lg nak lawan paan*.dah bila terserempak kawan-kawan aku, dorg menganjeng aku bwk abang2 aku.bengonggg.lagi sejam movie nak start, bawak adik-adik aku jalan-jalan window shopping.*dorg kate pening jalan dengan aku sebab semua kedai aku nak masuk tp xbeli pape*.carikan barang Handphone adik aku tp takde yang da berkenan, last-last tunggu depan wayang sebab kaki dah sakit.nak kena beratur lg time nak beli popcorn and air.panjanggg baiii!overall cerita ni memang kelakar habis.lakonan shaheizy sam memang natural.cuma dia serius sikit dr time adnan sempit.azad and angah pun not bad.aku cume seram bila tengok hantu je.takut teringat-ingat bila dah abes tengok.tapi, ending cam xumphhh lahh. mcm simple sangatt.tau-tau 'lahhh,dia dah jadi baik ke'.tp pape pun best laaaa.kelakar.memang gelak jeee,.

kesimpulannya : duit dah habis.tapi rasa cam nak tengok rapunzel pulak.sape nak teman?


Monday, November 22, 2010

dugaan dtg bertimpa-timpa.

hello!hello!
hm.1st of all.last week memanggg minggu yang penuh dugaan.
lepas satu pergi, satu dtg.haisshhhh.sabar je la.
bermula dengan check out and check in.
aku abes exam 11 november.tapi nak masuk lab 12 nov tu.so,aku decide nak balik rumah 12 nov petang. tp time aku pnjam kunci stor kat ofis,aku tanya lah bila boleh check in untuk luar sem.
org ofis tu kate 13 nov dah boleh.meaning aku check out and terus check in la.*and dia siap tanya aku blok bawah ke atas*.aku pun postpone la tarikh aku balik.aku balik 13 nov tengahari.
so ptg tu aku beriya-ya lah kemas barang and asing mane nak bawak balik, mana nak letak stor and mana nak letak kat bilik atas.lame wooo nak kemas even barang xdelah bnyk sgt.dalam kul 1 pagi baru siap.pastu esoknye dengan gembiranya aku pun pergilah check out.dah pulang kunci sume, aku pun ckp lah nak check in luar sem. boleh pulak dia suh aku dtg isnin, sebab dia kate dorg xsusun bilik lagi.ngenggg!
then xpelahhhh.ari sabtu masa tu baru aku g check in.ingat nak check in ahad terus.tapi sebab ofis KDO tutup seminggu sebab dorg nak g beijing ke indonesia ntah.*ada kata endon,ada kate beijing*.lepas check in terus balik rumah.time check in tu, 3kali tukar bilik tau!boleh pulak dia bagi bilik yang memang ada org duduk.wat the fish?dah la barang aku berat!takde sape tolong angkat.kena tukar bilik yang lain blok pulakkk.huisshh.sabar.sabar.sabar kan separuh daripada iman.dapat pahala tau.
yang ni dugaan paling berat.time aku keluar rumah nak check in UKM,siyesly aku lupa nak off kan suis washing machine.*sebab aku last pakai basuh comforter dengan selimut*.lepas balik dr UKM straight pergi umah auntie dekat klang and tido sana.meaning satu hari lah tinggalkan rumah.balik ahad pagi semalam, aku terus g dapur nak letak barang.then baru melangkah masuk dapur,aku dah rasa kaki aku basah.banjir rupenya!banjirrr woiii!dengan bunyik air yang melimpah ruah.*confirm bil air naik bulan ni*.aku nak tutup, tengok2 paip sambungan ke washing machine tu pecah.rosak washing machine ayah aku baru beli.dupdapdupdap aku rasa.pergi bilik abg aku.air sampai buku lali.extension sume dah terendam.damn!salah aku pulak tu!tbe2 dengar adik aku menjerit.PS2 dorg pun terendam.aku dah buat muka innocent dah.dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa kecut nye aku.ayah aku suh dorg jemur sume brg dalam tu.sapu kuarkan air.*bersih blik abg aku,xpayah dia kemas,terima kasih aliaa*.and lagi tragik.petang tu lepas jemur, adik aku try on kan PS2 dia.meletopppp!terbaikk kan?and sekarang aku tengah dok kira2 nak save kan PTPTN aku yang xseberapa tu nak g bayar ganti g betulkan PS2 dia.*bye bye duit.tak boleh enjoy.PADAN MUKA!*.
kesimpulannya, aku dah tension dengan semua prob ni. nak pinjam ALONG boleh?

Wednesday, November 17, 2010

cerita zaman kanak-kanak

i think it's not too late to wish 'selamat hari raya aidiladha'.
maaf zahir dan batin.

okay.tahun ni celebrate raya haji ni kat morib, rumah alang belah mama.
lepas semayang raya terus blah g morib sebab lembu dah nak kena sembelih.
dan yang pasti, aku takkan tengok lah lebu tu kena sembelih.
sebab aku cepat kesian.if kesian kat lembu tu.4 sure dah xleh makan daging dia kann.

sementara dorg sembelih,lapah melapah and masak-masak.
aku pun duduk lepak-lepak dengan sepupu-sepupu aku.
aku xikut masak sebab dah terlampau ramai makcik yang memasak.
if aku dok dapur, nanti dicop menyebok lak kan.;P

macam-macam lah kitorang borak. tbe-tbe nak cte sal zaman kecik-kecik pulak.
maluu wehhh.kelakar!
yang paling wat aku rasa nak sorok muka dalam almari.
bila sepupu aku ungkit cite main beranak-beranak.
masa tu umur aku dalam darjah 4 kot. aku jadi perempuan nak beranak.
sepupu aku jadi doktor. aku baring atas katil.dengan terkangkang.
letak teddy bear dalam kain.pastu doktor buat-buat sambut baby.
yang lagi best, bila tengah sebok 'meneran' tu, boleh pulak auntie aku sergah kitorang kat tingkap.memang pucat lesi muka kitorang masa tu.bodoh lah bila ingta balik.maluu!

dari cite beranak, pergi ke cerita main nyorok-nyorok lah.
aku pernah nanges xnak main nyorok-nyorok bila mak aku takutkan aku.
dia cakap kalau main nyorok-nyorok sampai xingat dunia, nanti kena sorok dek antu susu.
kena dok dalam pelukan dia je. jadi anak dia.

haish.tu tak kira lagi part cinta monyet versi beruk, bagi duit seposen kat kakak angkat time darjah 1, men perang-perang time raya. macam-macam lah.
bila diingat balik, confirm gelak guling-guling.
apa-apa pun, semua kenangan tu takan luput dari ingatan kita sampai bila-bila.

Thursday, November 11, 2010

yummy!


MACARONS!
sedap!lazat!menarik!menjilat jari!
jom belajar buar macaron!~

okayyy.ni guna french macaron method ye!

biskut macaron :
-mula-mula pukul putih telur dengan gula ising dengan menggunakan whisk. (sampai dia jadi macam krim yang pekat. )
- then kita masukkan serbuk badam dan gula ising ( yang diblend dan diayak ) serta pewarna serbuk (ikut suka). Ini perlu dibuat secara berperingkat.
- adunan jangan jadi terlampau pekat or cair. ( mesti elok2 je ).
- paipkan guna nozel bulat ke atas dulang yang dah dilapik dengan baking paper.
- biarkan selama 20-30 minit atau sampai xmelekat bila kita pegang sebelum dibakar.
- bakar selama 15 minit ( 180'C or 350'F).

chocolate filling :
-panaskan heavy cream + corn syrup kat dalam periuk dengan api yang kecik.
- bila dah macam mendidih sikit, alhkan dari api.
- masukkan coklat masakan yang dah dicincang.
- biarkan seminit.
- kacau sampai dia sebati dan berkilat sikit (campur mentega sikit ).

so, sapukan chocolate filling tu atas biskut and tekan sikit.
buat macam burger or sandwich.
biarkan semalaman then baru sedap dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, November 7, 2010

AMFS

-08052009-08112010-
officially 18 months together.
rasa macam baru semalam je kenal kan?
hahaaaa..
time mula2 kenal, semua orang macam marah sebab ingat aku nak main2 kan kau.
padahal aku tak pernah mintak nak sayang kat kau.
and aku memang sangat hepi dengan kau.
even kau lah makhluk yang paling susah nak cakap kau sayang aku.
even kau lah makhluk yang paling susah nak cakap kau rindu aku.
even kau lah makhluk yang paling susah nak puji aku.
tapi sekali kau cakap, dah buat aku cam nak terbang sebab terlampau hepi.
kau selalu belanja aku macam-macam.
apa aku nak, mesti kau tak pernah hampakan.
cuma sekejap or lambat je.
sampai aku pernah tanya, kau tak menyesal ke layan aku camtu?
sebab aku belum rasmi jadi tunang or isteri kau.
tapi kau jawab, itulah pengorbanan kau untuk aku.
tanda kau sayang aku. tanda yang membezakan antara kau dengan lelaki lain.
kau banyak ajar aku macam-macam.
jangan jadi childish sangat.
jangan terlampau baik dgn org.
belajar berdikari.
bila aku sakit sikit, kau punya concern sampai buat aku nak nanges sebab terharu tau tak.
orang lain suka assume aku kongkong kau.
or in other word, queen control.
tp kau sorg je paham aku mcm mana.
aku tak pernah halang kau wat pape.
cuma ada certain thing je yang aku memang xbagi.
macam kau jugak kan?
ada jugak benda yang kau xbagi aku wat.
tapi tu semua untuk kebaikan kita jugak.
aku betul2 berharap yang relationshp kita bertahan ke akhir hayat.
memang kawan2 kau ramai tak suka kita, tapi macam yang kau cakap.
aku tetap pilihan kau.
apa-apa pun.
aku sayang kau.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers