Saturday, April 9, 2011

t tu de e tu de s tu de i tu de s


setelah bertungkus lumus, berhempas pulas, bertepuk tampar selama 2 sem kat ukm ni.akhirnya final year projek aku siap!dan boleh disubmit!
ni hasilnyaaaaa.



syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat gak siap tesis aku ni.
terima kasih kepada beloved penyelia, Dr. Khairiah Haji Badri sebab banyak bagi tunjuk ajar, nasihat,tegas dan sebagainya.
terima kasih pada groupmate, terutama fasehah dan farahain sebab banyak buat keje same-same.
terima kasih pada ayah dan mama sebab banyak bagi sokongan suruh siapkan tesis cepat.
terima kasih pada roomate, ezzati sulhi sebab banyak dengar aku merungut pasal tesis.
terima kasih pada farhansaharin sebab tolong proofread tesis, amek tesis yang dah jilid.
terima kasih semua!


Monday, March 14, 2011

food is everywhere!





oh.tengah edit thesis.
tiba-tiba lapar pulaaaak.
so, sesi mencari makanan terbaik pun bermula.
apa makanan menarik yang diperkenalkan oleh kawan-kawan aku sepanjang aku tinggal dengan diorang ni ye?
jooom TERJAH!!
AYAM PENYET

pehh.yang ni dah rasa macam jadi lauk rutin aku dah.setiap minggu sampai dua tiga kali makan.dekat bangi ni baru dua tempat ayam penyet per
nah aku pergi.wong solo (seksyen 9) dengan restoran saji selera (hentian kajang). yang kat wong solo tu memanggg terbaikkk!even mahal, tapi berbaloiii wehhh.yang kat saji selera pulak
kk even murah sikit, tapi sedap.plus dia ada sup yang lazattt!

BBB tomyam
yang restoran BBB tom yam ni pulak pernah jadi tempat dinner aku every night time aku second year.selalu plan nak makan kat sana lah, sini lah. tapi selalunya pengakhirannya memang akan berhenti dekat BBB tom yam. tom yam dia sedapp wooo even pedas. selalu aku makan nasi putih, tom yam campur, kailan ikan masin,telur dadar denga
n daging masak kicap(ada nama apa ntah,lupa). harga pun boleh tahan murah kat sini.memangg sini port makan budak-budak UKM je.ada gak lahhh student lain, tapi bukan aku kenal kan.

Nim's Island
Nama air kat sini pelik-pelik.soda ceria lah.soda gembira lah.macam-macam soda lahh.tapi air special yang kat sini memang takdelah kat tempat lain.dulu selalu pergi sini dengan budak-budak DOT.tp now dah pergi dengan kawan-kawan je.untuk berbuka puasa or saja-saja.tapi dah jarang pergi sini.

Wondermilk

selalu dengar cik E pergi makan kat sini.bertahun gak dengar.tapi baru dapat pergi time birthday Cik E and Mad. cupcakes dia kecik and sangatt sedap.cafe dia cantik!simple tapi sangat cantik.memang if nak datang sini kena bawak duit banyak-banyak.sebab bila tengokk cupcakes kat sini, rasa nak beli semuaaa!

Murni discovery
Singgah sini if pergi jalan kat sunway pyramid je.dah alang-alang pergi arah sana.baik singgah kan.first time pergi time second year.paan bawak lepas balik tengok cerita my name is khan.bekas air dia guna bekas macam bekas jem je.HAHA.tapii makanan sedapp wehhh.

Williams
adik beradik murni.even macam mapley fariz maju je.tapi makanan gilossss western and mahal.time nak pergi ni sesat-sesat jugaakkk.nan cheese sedapp uolssss!kat sini jugaklahh first time aku makan itik.sedapp lah gakk.tapi tak tau lahh lepas ni aku makan itik ke tak.HAHA.kawan aku order banana strawberry.heaven!please bawak pergi ini lagi.please!please!

macam dah banyak pulak kan?tapi macam sikit.HAHA.takpelahhh.dah macam pengacara jalan-jalan cari makan pulakkk.nanti if ada nak pengacara baru untuk rancangan makan-makan ni.boleh panggil aku ye!sebab aku suka makan.dan makanan dengan aku memang tak boleh dipisahkan.ngeeeee~

*padahal kejap lagi aku makan dekat cafe KTHO sajo.hiks!

Saturday, March 12, 2011

HMM-Hikayat Merong Mahawangsa

12/3/2011 --> menonton hikayat merong mahawangsa!

overall, cerita ni best!8/10 aku bagi.
cerita sejarah yang tak membosankan.
even ada kureng here and there, tp still gempak lah untuk anak melayu buat cerita macam ni.
*clapclapclap* for Yusri KRU.

Sinopsis : Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

*credit untuk murkiester.

jadi, siapa2 yang belum tengok tu, g book tiket tengok cite ni!

Sunday, February 27, 2011

di saat aku mencintai mu.

cakaplah aku tak up to date.
cakaplah aku ketinggalan.
ada aku kesah?
HAHA.
nampak sangat aku jarang dengar radio.
busy sangat dengan tesis la tu.*alasan*
sampai aku baru nak tangkap lentok dengan lagu ni kan.
even lagu ni takde kena mengena dgn aku.
sebab lagu ni untuk cinta yang tak kesampaian kan?
tp melody dia sangat best!sampaii dari beratus2 lagu dalam playlist aku.lagu ni je aku dok repeat dengan lagu i'm coming home!
HAHA.jom nyanyi sama-sama!

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu

Aku sangat mencinta

Tuesday, February 22, 2011

FAKTA atau AUTA?

berdasarkan pemerhatian dan analisis aku sejak dari dulu lahi.akhirnya, aku dapat come out dengan 10 fakta pelajar dan exam.

10 : berkobar-kobar nak study sebab nak naikkan pointer and nak score dgn baik.lagi-lagi bila dah last year. nak improve supaya bila grad, pointer agak cantik ditulis dlm skrol. ni biasanya terjadi awal sem or baru lepas dapat jadual exam.
09 : tangguh study dulu, dengan alasan nak settlekan assignment,tesis.projek semua dulu. supaya nanti tak serabut nak fikir sal sume benda ni time study.
08 : waaahhhh.boleh dating lagi ni.kejap je nak jumpa, lepak-lepak, makan, tengok movie dulu.kumpul semangat katakan. nanti dah balik dari dating,boleh terus study dgn penuh semangat!
07 : balik lepas dating. adehhh!penat lak nak study.badan penat,otak pun penat.bila otak penat.apa y kite study x100% masuk. tido dulu lahhh,esok pagi bangun awal boleh cover study.
06 : kringgg!kringgg!lahhh, baru pukul 5 pagi ke?penat tak habis lagi ni.ngantokk pulak tuuu.kejappp lagi laaahhh baru bangunnn.
05 : terlajak tido sampai tengahari. harapan nak study dah musnah sebab kena pergi class pulaakk.kang tak pergi, xcukup 70% kehadiran kena ban dari exam pula ye x?
04 : rendahnya markah midsem and kuiz aku!camne nak score time final?ish.tak bolehh jadi ni!kena study dengan lebih gak ni!balik kang tak boleh terus rehat.kena study dgn gigih!
03 : sampai bilik, online facebook sat. kejap je.5 minit.dok update status, comments, tag gambar, main game, layan chat.hancur lagi harapan nak study.
02 : sehari sebelum exam.baru nak kemaskini nota.dengan alasan lecturer kejam sebab xupload kat dalam portal.kemaskini je dah amek masa sehari.dapat study kejappp je.
01 : tengah exam. baca soalan.aikkk!bila pulakk aku belajar sal topik ni?tak pernahhh baca pun.ish.susah betul soalan ni. aku dah study dgn gigih pun xdpt. takpeee, mesti lulus. aku redha jeee!

dan akan terus berulang bermula dar fakta 10 hingga 1.
fakta ni akan terus berulang sampai bila-bila.
betul tak?
HAHA!



Monday, February 21, 2011

Bahang PRK2011



oh.rasanya still tak terlambat lagi nak ucap tahniah pada GABUNGAN MAHASISWA UKM kerana telah menang besar pada pilihanraya kampus yang telah diadakan semalam.
kepada pihak ASPIRASI UKM, jangan bersedih, tahun depan boleh cuba lagi.

Actually, aku bukan berpihak pada mana-mana belah pihak. Dua dua ada kelebihan dan keburukan. Semoga tahun ini takdelah rusuhan,bantahan or whatsoever yang menggemparkan banyak universiti seperti tahun-tahun yang sudah. Sama-samalah kita menyokong calon-calon yang menang semalam yang akan menerajui tonggak UKM. Kepada pihak yang menang tu, semoga membawa perubahan yang positif. Jangan buat keputusan ikut kepala sendiri sehingga ramai pelajar tak setuju.

akhir kata, majulah UKM di peringkat dunia!
HAHA!


Tuesday, February 15, 2011

kahwin jom!

12 feb - 13 feb 2011
pergi kursus kahwin anjuran PALAPES UKM dengan Kolej Tun Hussein Onn.
lebih kurang 500 peserta yang terlibat.
ada 8 slot untuk tajuk yang berbeza.
penceramah yang best dan lawak!
pergi dengan Farhan Saharin. Safwan Ismail, Jamal Hazman , Zaharul Asyriq dan Fatin Elina.
Bila dah pergi kursus kahwin ni, sumpah dah xsabar nak kahwin.
HAHAHA!

Sunday, January 23, 2011

sesi menggelapkan warna kulit!

port dickson with my beloved technoians!sangaaaatt fun!

bermula dengan tido rumah seha last friday night dengan aten,fana,syida,sab dan ain. sebab nak masak-masak. kitorang buat moist choc cake, kek batik, coleslaw, mashed potato. best! tido pun nak dekat pukul 3 sebab sebok sangat berborak plus tggu moist choc cake tu masak.

bangun awal pagi, goreng nugget and buat sandwhich telor and tuna. breakfast @ seha's.siap-siap. dan terus menuju masjid UKM utk berkumpul before bertolak. 6 buah kereta semuanya.31 orang yang pergi.







sampai BLUE LAGOON around 12.30pm. susun barang.makan-makan.tukar baju.dan bermandi-manda!banyak aktiviti kitorang.main bola tampar pantai,bola beracun, tanam-tanam orang, bbq, buat istana pasir. dan yang paling best, BANANA BOAT! 3x dia campak kitorang.2x kat tempat yang dalam and sekali tempat cetek.habis air masuk hidung.kena hempap dengan mayel.tudung semua dah raa nak tertanggal. tapi yang penting, bila masuk waktu solat, semua reti menunaikan kewajipan masing-masing.

















around 7.30, bertolak balik. singgah masjid untuk solat maghrib. dan.lepak mapley!




Monday, January 17, 2011

dilemma antara dua.

help me!
aku buntu!
aku dalam dilemma!
bak kata pepatah :
diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.
bimbinglah aku supaya keputusan yang aku pilih ini tepat.
Amin.

Sunday, January 16, 2011

percubaan pertama.











sepanjang weekend ni,
aku and adik-adik kesayangan farhan saharin iaitu ana and pipil beserta emak beliau dan apis bf adik beliau telah membuat cupcakes.
tujuannya sebab aku nak ajar dorg cara2 buat cupcakes dengan buttercream nye.
aku tunjuk cara wat cake and buttercream je.
then dorg deco sendiri cupcakes tu.
colourful uolls!
seronok gilaaaaa!
first time dorg deco, tapi not bad la.
creative.


moisture choc cake by ana.
bawak balik ukm.
ada yang kena potong sebab nanti xmuat letak cream.*teori cikgu aku*


sempat lagi ana and pipil posing.

gigih!go pipil go!


hasilnyaaaa!
nampak tak en. boyfie?dia tak mandi lagi.:))





Friday, January 14, 2011

=)


* click untuk tumbesaran sebenar*

strawberrytelle:

Why Are Girlfriends Jealous?

The main reason most girls are jealous is low self-esteem, insecurities, and lack of trust. Anyone can experience jealousy. Maybe she had a bad experience with a past boyfriend. Perhaps he cheated on her and she was really hurt over it. That would certainly cause problems of self-esteem.

One main reason girls tend to get jealous is over other girls, particularly ex girlfriends. They are worried that other girls might have something that they do not. Your girlfriend may feel that you could find other girls prettier, funnier, or smarter than she is. She may also be wondering if you still have feelings for your ex. All of these thoughts will lead to the fear that she could lose you.


credit for strawberrytelle!

Thursday, January 6, 2011

asthma attack

bila nak baik ni?
penat lahhhh!

Monday, January 3, 2011

tell me more!

wowww!dekat facebook now macam ada fenomena main satu game ni.yang mana kita boleh pilih antara no 0-5000.inbox dekat org y tulis status tu.then dia akan wat status guna no yang kita pilih.and dia akan describe pasal diri kita.orang lain takkan tahu no yang kita pilih melainkan kita dengan orang yang kita inbox tu.atau if korang ada bgtau org lain, sah2 dia pun tahu kan??
so, aku yang dok bosan tak tau nak watpe ni pun gatal2 lah inbox beberapa orang and pilih no.hahahaaa.seronok!meh baca apa yang dorang komen! :

- takkan ku lupa tangan kananmu. ko adalah one of those special people in my memories of ukm. ko tau kenapa. 1 year of full joyous moment. tapi skang dah masing2 bawak haluan, agak down di situ.ko ni comey, tapi cara ko cakap ngan character memang lawak sket. memang syok ah kalau sembang ngan ko.

-mula2 dulu aku ingat dia nie sombong but after a while..gilerz laarr best rupanya ko nie hahahah... paling best bila study sesama dulu n melalui zaman2 perang hahhaha... apapun ko terbaik n pasti i will miss u after this.. luv u

-hihi~~aku selalu slah sebut name pakwe dia~~hahaah~~~Maaf la~~~well even kite x sme kos~~tp ak leh jep borak ngan ko~~~Hihi....neway dia agk fashionite~~ske tgk style shawl dia pki~~

-ok die nih aku knai sbb mmbr2 aku yg kat ktho slalu sbot psl die and diorg ckp yg die nih comel la mantap la cantik la
so aku pun berpikiran btul ke an..
then tetibe la plak ade jodoh satu kls time short sem amek sejarah pemikiran. hehe
mmg comel and menarik
hahaha

-baru je kenal ia nih masa join jadi usher debate 1 malaysia sem lepas. trademark ia brooch butterfly kot sebab tengok ia pakai all the time dekat tudung. bila senyum sweet sangat and did i told you? you looked so gorgeous masa pakai baju ala-ala india time final debate tuh :D

- tak thu nak describe sush.sbb macam dah lama kenal baru lately rajin tgur2. bg aku, ko ni nmpk agk bdk2 cmel yg manja..and plus mungkin kau ni pemalu (erk!) tapi from my observation..ko ni memang suka observe org..dan gaya kau tgk org pun obvious kau sdg membaca perwatakan org..haha smga jd bestfren aku jugk weh XD

-ny adalah stalker yg plg rajen sy penah jmpe.suke gsi2.sume gsip terbaru dy tau.haha.suke gelak tnjuk gigi.kdg2 sy sowh dy tutup mulut so dat xnmpk gigi dy.kenal dri 1st yr.tp rapat stat 2nd yr.ni lah kawan gelak sedih gado.sume cukup la.sygg anda ♥.mesti ko terharu bace ny..lalalalalala

-i hate you,ko musuh aku yg plg hebat.ko ala2 voldermort,aku heri potter la sbb aku baek.ko amik bnde yg aku xkn dpt tp x bererti aku gv-up.haha.btw,sngt ayu actually n kinda great gurl 2 make fren.luv ur style bitch,honestly;p

-beliau classmate kmpp sy. cantek, perempuan melayu terakhir katenye. hehe. seorang yg happy go lucky. suka gelak! kenangan plg tak leh lupa mase kt kmpp, dia geng suka berebut roti canai kt cafe B!

-♥ dis girl like crzy. kaunselor cinta saya. kenal kat matrix, satu prak. dulu org ckp kami twin tp skrg die lagi cntik. smkin kurus. sng selsema. fashionista. comel. sgt pandai dlm kimia. hey, kami penah harung byk moment yg pahit manis lucu masa kat matrix. btw, dia MANTAP katanya.

Sunday, January 2, 2011

lenguh lenguh kaki tercabut.

hepi new year! new year, new resolution!

30 dis 2010-01 jan 2011. kerja aku berjalan je. heh.

30 dis 2010 :
pergi kelas macam biasa.masuk lab.balik bilik.then petang dalam pukul 4.30 cikE ajak pergi mid dengan mirasue and naim.dengan alasan nak pergi jalan-jalan je.so aku pun bersetuju lah nak follow diorang.dalam pukul 5.15 tu kitorang bertolak dr ukm menggunakan remy mirasue.dah sampai mid.pergi makan dekat domino's.isi perut yang tengah bergendang gendut tu.lepas kenyang perut suka hati, lepas maghrib kitorang meneruskan sesi bershopping di semua kedai.dari atas ke bawah.kanan ke kiri.depan ke belakang.mahal ke murah.pilih itu pilih ini.sambar itu sambar ini.last-last berkat usaha kitorang memilih memikir bagai. cuma naim je yang sambar satu gladiator.manakala yang tiga perempuan cantik ni bertangan kosong je.hehs.dalam pukul 10 tu semasa turun dr escalator menuju ke tempat autopay station,mirasue mengeluarkan idea yang bernas lagi bijak mengajak tengok movie.boleh pulak naik escalator balik pergi beli tiket movie. nak tengok antara tron, the tourist and apa ntah lagi satu cerita.*dah lupa*.panjang betul queue.last2 dapat tengok tron.movie start pukul 12.15am.so ada dua jam lagi.kitorang mengisi maa yang terluang lepak dekat mapley mid sampai pukul 12.05am.tron memang terbaik!aku suka!hero dah la macho.heroin pulak cantik.siapa yang kate tak best tu maybe sebab dia tak berminat cerita futuristik kot.teknologi memang canggih.lepas cuci mata menjerit-jerit tengok mamat macho tu, kitorang pun balik ke ukm. singgah mapley fareez sebab nak makan maggi goreng.terjumpa pulak dengan kekasih hati*farhan saharin*.lepak kejap.balik.tido!

31 disember 2010 :
TERbangun lewat.kemas-kemas katil.konon-konon nak mengisi masa satu hari dengan study.*alhamdulillah*.tapi angan-angan terbantut bila kawan cikE, acap ajak pergi shopping kat starhill.*bershopping je,macam ada duit je kau kan aliaa*.lepas dorg semayang jumaat terus gerak sebab jalan akan ditutup pukul 5ptg.pergi farenheit.tapi kedai aksesori yang banyak.and fesyen dorg macam pelik.makan kat subway.kenyang.terus pergi sg wang. jalan-jalan cari dress cikE, makan parmesan cheese pretzels.*cikE kata muka aku happy gila bila dapat pretzels*.ohmygod!aku terminat gila dengan oxford shoe kat satu kedai ni.harga rm100++.*lain kali mesti beli!nasib baik semalam takde duet*.maxi dress pulak cantik-cantik.cair aku kot!dengan jaket kulit yang separuh tu.rasa macam nak nanges sebab xdapat beli.huhu.nak sejukkan hati yang tak dapat nak beli semua tu.pergi minum cool blog dengan cikE sementara tunggu acap, naim and shahril shopping sweater.dalam pukul 10 malam, pergi depan pavi.dah tak boleh gerak sebab memang sesak gilaa dengan manusia-manusia.tunggu pukul 12 malam.bercamwhore.tengok org main spray foam.lambat betul masa bergerak.tepat pukul 12 malam, HAPPY NEW YEAR! tengok bunga api! *tunggu lama-lama semata-mata nak tengok bunga api.ngenggg!*.sementara tunggu jalan bukak.marilah makan di mapley!*ni berjalan ke sesi makan?*

01 jan 2011:
hari pertama dalam tahun 2011. tepat pukul 1petang.encik kesayangan telefon.*padahal aku suruh, sebab kredit dah abes nak reply msg dia*.dia ajak pergi bagan lalang bersama kawan-kawan dia.so, cepat-cepat kejut cikE suruh ikut jugak.mandi cepat-cepat.encik kesayangan sampai.pergi makan laksa.sebab dia dah lapar ala-ala lipas tak boleh bernafas.aku kenyang sebab dah makan sebiji epal.lepas makan, pergi bagan lalang macam naik kereta F1.*kesian cikE asek tergelongsor dan terhantuk*.sampai kat sana, dah ramai yang tunggu.apai,yaya,raja,jeme,mondea,lyn,norlie and sorg lagi lupa nama.haha.lepas dorang mandi,main sevenD.makan-makan.mandi lagi.baru balik.before balik.singgah makan kat sungai pelek.and terus ke alamanda.sebab nak tengok the tourist pukul 12.30.lepak kat tasik alamanda dulu.jumpa geng debate mira.dok borak-borak,tepuk tampar.tengok movie.sejukk!dah lah tak bawak shawl.cerita tu agak romantk.storyline best!angelina jolie sangatttt cantik!dengan johny depp pulak kan.gandingan mantap!balik!

okay.cukup,kaki dah nak patah.bai!

Sunday, December 19, 2010

geram

GERAM!
takde yang lain aku rasa melainkan GERAM.
kenapa lah ada manusia yang tak boleh tengok orang lain gembira?
mesti nak dengki!

aku tak kacau hidup kau.
tolonglah jangan kacau hidup aku.
aku dah remove kau dari facebook.
dah tak ambek tahu pasal kau langsung.
tapi kau tetap muncul gak kan?

go get a life, bitch!

Friday, December 3, 2010

...


He's MINE bebeh!~

Thursday, December 2, 2010

bila otak memerlukan lebih banyak oksigen.

hello! tajuk entri kali ni macam tajuk dalam subjek bio kan?
okay, betul ke orang yang berpenyakit seperti asthma memerlukan oksigen lebih banyak untuk otak berfungsi dengan lebih baik berbanding dengan orang lain?
ada seorang lecturer aku cakap, oksigen dalam otak menyebabkan kita susah nak faham atau ingat apa yang dipelajari.
tapi bila aku fikir dan renung-ranungkan apa yang dia cakap.
macam betul jugak.
aku admit aku berpenyakit.aku ada asthma.korang tau tak apa tu asthma?or dalam bahasa melayunya lelah atau semput.tak tahu jugak?encik google sedia berkhidmat.:)
lecturer aku kata, aku memerlukan oksigen yang lebih untuk otak aku berfungsi dengan lebih baik berbanding orang lain. bila aku asek huhahuha*banyak cakap*, oksigen kurang dalam otak aku. that's why aku susah nak ingat or nak faham apa yang aku study.and disebabkan tu jugak, malas tu memangg sentiasa ada. so, dia suruh aku ubah perangai dari asek berseronok kepada lebih fokus dalam study.
maybe ada betulnya pe yang lecturer aku cakap. sebab if nak diikutkan, aku memang study agak tunggang terbalik lah bila nak exam. bak kata roomate aku, dari pagi sampai petang ke malam aku asek duduk menghadap buku je. aku study dari awal bab sampai abes.aku study dari awal. aku wat latihan. aku tido cukup. tapi....
bila sampai masa exam, baca soalan, aku tau aku pernah baca dan aku dah study, tapi aku tak boleh nak apply apa yang aku study or jawab dengan betul. time jawab tu lah aku boleh rasa menyesal sebab xstudy betul-betul. bila keluar result, menyesal nak mampus! pastu berazam lagi nak study betul2 bila masuk sem baru.tp bila dah masuk sem baru, sama jugak.still tak berubah.
kenapa?kenapa?kenapa?
oksigen maybe salah satu punca. tapi punca yang terbesar adalah diri aku sendiri.

sekian. *antiklimaks*

notakaki : actually, aku tengah takut sebab result nak keluar next week. jangan ada yang fail sudahlah. sebab aku nak grad cepat. dan tak nak extend.

Sunday, November 28, 2010

wayang.wayang.dan wayang.

harry potter.unstoppable.ngangkung.
seminggu sampai TIGA kali tengok movie.
dalam busy2 ni pun sempatt gak g merambu kann?

HARRY POTTER. tengok dengan ina and rumet,SweetZaZa. dekat MidValley.punya struggle siapkan kerja kat lab cepat2 semata-mata nak g tengok movie.mula-mula plan nak pergi dengan ina je memandangkan kitorang dah lama xdating.pastu tbe2 SweetZaza and zaff message sebab nak ikut. So, book la untuk 4 org. tp last minute zaff cancel.so bertiga sahajalahhh. Naik KTM pergi Mid. tak ramai sangat sebab belum time org abes kerja. tapi yang sadisnya, bila ada india MABUK dalam ktm tu. dah lahh bising, pastu siap tunjuk2 kat kitorang. memangg takut gila lahhh time tu, sampai xberani nak pandang dia. siap keluar kan kad bagai. adehh, takuttt dia tbe2 kua kan pistol ke parang ke ape. hanya tuhan je yang tau betapa takutnya aku time tu. bila dia keluar je time kat stesen salak selatan, fuhhhhh.LEGA! sampai kat mid amek tiket and shopping kat elianto *temankan rumet je*.kak lily sangattt baik okayyyy!cume suara.awwwww!kasarrrrr gilaaa!atas pujukan dia, maka terpengaruh gak la aku beli beberapa brg.lepas shopping, tgok movie. sebagai peminat harry potter yang xpernah miss tengok dari siri 1 lagi, aku xsabar nak tengok y part last bulan julai tahun depan. yang kali ni much much better dr yang lepas. banyak sikit action.menarikkk!*voldemort tetap handsome time siri chamber of secret tuh*, makan and balik!

UNSTOPPABLE. tengok dengan kekasih hati, farhan saharin dekat jusco cheras selatan. disebabkan dah nak dekat sebulan tak jumpa.*eh, 3 minggu je*.so dia decide nak jumpa sebab dia abes awal, pukul 8. ntah macam mana tertarik pulak nak tengok unstoppable. malam tu hujan, takut demam, so pinjam kete rumet yang terbaru.*janji isi minyak*.kitorang keluar lepas isyak, dalam pukul 9. lagupun kan hujan,kena berhati-hati. sampai jusco, masuk MPH sebab paan ternampak magazine digital camera kesayangan dia.*ilmiah kan kitorang?everytime keluar mesti masuk MPH*. then makan Mcchicken Supreme.*makan cepat-cepat dgn kadar segera sb MCD dah nak tutup*.bila tengok movie,dah agak ngantok sebab perut dah penuh. cerita ni not bad la sebab dia pasal kegigihan dua org yang nak tolong berhentikan keretaapi yang meluncur laju tanpa pemandu.memangg adventure la.senang nak paham.takdelah belit dengan isi-isi tersirat.

NGANGKUNG.aku tak tau macam mana boleh terdetik nak tengok cerita ni.padahal aku beriya-iya nak tengok rapunzel.abang aku dah tengok cerita ni.dia kata best, tu yang adik-adik aku yang dua orang tu beriya-iya nak tengok.disebabkan parents aku tak berminat nak tengok wayang, so dorang pujuk aku.*takde maknenye dorg nak ajak abg aku kann*.and disebabkan aku kesian dengan dorg sebab aku jarang bawak dorg tengok movie, so aku agree lah. tengok hari sabtu pukul 8.45 malam. siap bawak sepupu aku sorg. sepupu and adik-adik aku memang lag tinggi diri aku termasuk lah adik aku yang darjah 6 tu.*sikit lg nak lawan paan*.dah bila terserempak kawan-kawan aku, dorg menganjeng aku bwk abang2 aku.bengonggg.lagi sejam movie nak start, bawak adik-adik aku jalan-jalan window shopping.*dorg kate pening jalan dengan aku sebab semua kedai aku nak masuk tp xbeli pape*.carikan barang Handphone adik aku tp takde yang da berkenan, last-last tunggu depan wayang sebab kaki dah sakit.nak kena beratur lg time nak beli popcorn and air.panjanggg baiii!overall cerita ni memang kelakar habis.lakonan shaheizy sam memang natural.cuma dia serius sikit dr time adnan sempit.azad and angah pun not bad.aku cume seram bila tengok hantu je.takut teringat-ingat bila dah abes tengok.tapi, ending cam xumphhh lahh. mcm simple sangatt.tau-tau 'lahhh,dia dah jadi baik ke'.tp pape pun best laaaa.kelakar.memang gelak jeee,.

kesimpulannya : duit dah habis.tapi rasa cam nak tengok rapunzel pulak.sape nak teman?


Monday, November 22, 2010

dugaan dtg bertimpa-timpa.

hello!hello!
hm.1st of all.last week memanggg minggu yang penuh dugaan.
lepas satu pergi, satu dtg.haisshhhh.sabar je la.
bermula dengan check out and check in.
aku abes exam 11 november.tapi nak masuk lab 12 nov tu.so,aku decide nak balik rumah 12 nov petang. tp time aku pnjam kunci stor kat ofis,aku tanya lah bila boleh check in untuk luar sem.
org ofis tu kate 13 nov dah boleh.meaning aku check out and terus check in la.*and dia siap tanya aku blok bawah ke atas*.aku pun postpone la tarikh aku balik.aku balik 13 nov tengahari.
so ptg tu aku beriya-ya lah kemas barang and asing mane nak bawak balik, mana nak letak stor and mana nak letak kat bilik atas.lame wooo nak kemas even barang xdelah bnyk sgt.dalam kul 1 pagi baru siap.pastu esoknye dengan gembiranya aku pun pergilah check out.dah pulang kunci sume, aku pun ckp lah nak check in luar sem. boleh pulak dia suh aku dtg isnin, sebab dia kate dorg xsusun bilik lagi.ngenggg!
then xpelahhhh.ari sabtu masa tu baru aku g check in.ingat nak check in ahad terus.tapi sebab ofis KDO tutup seminggu sebab dorg nak g beijing ke indonesia ntah.*ada kata endon,ada kate beijing*.lepas check in terus balik rumah.time check in tu, 3kali tukar bilik tau!boleh pulak dia bagi bilik yang memang ada org duduk.wat the fish?dah la barang aku berat!takde sape tolong angkat.kena tukar bilik yang lain blok pulakkk.huisshh.sabar.sabar.sabar kan separuh daripada iman.dapat pahala tau.
yang ni dugaan paling berat.time aku keluar rumah nak check in UKM,siyesly aku lupa nak off kan suis washing machine.*sebab aku last pakai basuh comforter dengan selimut*.lepas balik dr UKM straight pergi umah auntie dekat klang and tido sana.meaning satu hari lah tinggalkan rumah.balik ahad pagi semalam, aku terus g dapur nak letak barang.then baru melangkah masuk dapur,aku dah rasa kaki aku basah.banjir rupenya!banjirrr woiii!dengan bunyik air yang melimpah ruah.*confirm bil air naik bulan ni*.aku nak tutup, tengok2 paip sambungan ke washing machine tu pecah.rosak washing machine ayah aku baru beli.dupdapdupdap aku rasa.pergi bilik abg aku.air sampai buku lali.extension sume dah terendam.damn!salah aku pulak tu!tbe2 dengar adik aku menjerit.PS2 dorg pun terendam.aku dah buat muka innocent dah.dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa kecut nye aku.ayah aku suh dorg jemur sume brg dalam tu.sapu kuarkan air.*bersih blik abg aku,xpayah dia kemas,terima kasih aliaa*.and lagi tragik.petang tu lepas jemur, adik aku try on kan PS2 dia.meletopppp!terbaikk kan?and sekarang aku tengah dok kira2 nak save kan PTPTN aku yang xseberapa tu nak g bayar ganti g betulkan PS2 dia.*bye bye duit.tak boleh enjoy.PADAN MUKA!*.
kesimpulannya, aku dah tension dengan semua prob ni. nak pinjam ALONG boleh?

Wednesday, November 17, 2010

cerita zaman kanak-kanak

i think it's not too late to wish 'selamat hari raya aidiladha'.
maaf zahir dan batin.

okay.tahun ni celebrate raya haji ni kat morib, rumah alang belah mama.
lepas semayang raya terus blah g morib sebab lembu dah nak kena sembelih.
dan yang pasti, aku takkan tengok lah lebu tu kena sembelih.
sebab aku cepat kesian.if kesian kat lembu tu.4 sure dah xleh makan daging dia kann.

sementara dorg sembelih,lapah melapah and masak-masak.
aku pun duduk lepak-lepak dengan sepupu-sepupu aku.
aku xikut masak sebab dah terlampau ramai makcik yang memasak.
if aku dok dapur, nanti dicop menyebok lak kan.;P

macam-macam lah kitorang borak. tbe-tbe nak cte sal zaman kecik-kecik pulak.
maluu wehhh.kelakar!
yang paling wat aku rasa nak sorok muka dalam almari.
bila sepupu aku ungkit cite main beranak-beranak.
masa tu umur aku dalam darjah 4 kot. aku jadi perempuan nak beranak.
sepupu aku jadi doktor. aku baring atas katil.dengan terkangkang.
letak teddy bear dalam kain.pastu doktor buat-buat sambut baby.
yang lagi best, bila tengah sebok 'meneran' tu, boleh pulak auntie aku sergah kitorang kat tingkap.memang pucat lesi muka kitorang masa tu.bodoh lah bila ingta balik.maluu!

dari cite beranak, pergi ke cerita main nyorok-nyorok lah.
aku pernah nanges xnak main nyorok-nyorok bila mak aku takutkan aku.
dia cakap kalau main nyorok-nyorok sampai xingat dunia, nanti kena sorok dek antu susu.
kena dok dalam pelukan dia je. jadi anak dia.

haish.tu tak kira lagi part cinta monyet versi beruk, bagi duit seposen kat kakak angkat time darjah 1, men perang-perang time raya. macam-macam lah.
bila diingat balik, confirm gelak guling-guling.
apa-apa pun, semua kenangan tu takan luput dari ingatan kita sampai bila-bila.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers